AADK perkenal DAC, operasi April

AADK perkenal DAC, operasi April

RUSLIN Jusoh (kanan) semasa melawat Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC) di AADK Pasir Mas, Kelantan hari ini.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) menaik taraf pusat tahanan reman (PTR) atau lokap di daerah ini sebagai Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC) yang akan beroperasi pada April ini.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tranformasi DAC itu mampu mempercepatkan proses orang kena tuduh (OKT) yang terlibat dengan dadah untuk menerima rawatan dan pemulihan.

“Langkah itu merupakan satu usaha menambah baik fungsi PTR dengan menyediakan perkhidmatan saringan dan penilaian dadah.

“Doktor perubatan berdaftar, fasiliti lebih mesra, konduktif selain kompetensi pegawai pemulihan yang telah diperkasa sebagai pegawai pakar saringan dan penilaian selepas DAC itu beroperasi,” katanya kepada pemberita selepas melawat ke DAC Pasir Mas di AADK Kelantan di sini hari ini.

Ruslin memberitahu, sebanyak tiga DAC telah beroperasi secara rasmi iaitu DAC Tampin di Negeri Sembilan, DAC Kuala Muda, Kedah termasuk projek rintis di DAC Ibu Pejabat AADK.

Katanya, DAC akan diperluas ke seluruh negara selepas pemilihan AADK Pasir Mas yang sudah melaksanakan operasinya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya