SUCRE: Sekurang-kurangnya 37 maut, termasuk empat kanak-kanak, selepas dua bas penumpang bertembung di lebuh raya selatan Bolivia, semalam. Nahas yang berlaku berhampiran bandar Uyuni di wilayah Potosi itu merupakan kemalangan bas terburuk di negara tersebut setakat tahun ini. “Setakat ini, kami mengesahkan 37 kematian,” kata pegawai polis, Kolonel Wilson Flores kepada AFP. Polis dalam kemas kini terbaharu mengesahkan 41 orang cedera dan kini dirawat di hospital. Antara mangsa yang terkorban ialah dua warga asing, seorang wanita Peru berusia 80 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun. Tiga lagi mangsa…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya