35 PATI ditahan di Terminal Bas Lembah Sireh

35 PATI ditahan di Terminal Bas Lembah Sireh

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan JIM Kelantan menerusi Ops Sapu di Terminal Bas Lembah Sireh, Kota Bharu, Kelantan-IHSAN JIM Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari pelbagai negara di Terminal Bas Lembah Sireh di sini semalam.

Kesemua PATI yang masing-masing berusia 13 hingga 56 tahun itu ditahan pada pukul 2 pagi menerusi Ops Sapu.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, warganegara Indonesia, India, Bangladesh dan Myanmar antara PATI yang ditahan sepanjang operasi tersebut.

“Daripada jumlah itu, PATI Indonesia paling ramai ditahan melibatkan 17 lelaki termasuk dua remaja dan sembilan wanita. Kesemua remaja itu ditahan bersama-sama ibu dan bapa masing-masing.

“Selain itu, JIM Kelantan turut menahan empat lelaki warganegara Bangladesh, Myanmar (3) dan India (2),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu, kesemua PATI terbabit ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya