248 stesen minyak di Kelantan dibuka pada 1 Syawal

248 stesen minyak di Kelantan dibuka pada 1 Syawal

AZMAN Ismail (kiri) memeriksa barangan keperluan sempena jualan Rahmah di sebuah kedai berhampiran pejabat KPDN Kelantan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.- UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebanyak 248 stesen minyak diseluruh negeri termasuk di kawasan sempadan tetap dibuka seperti biasa pada 1 Syawal walaupun kerajaan negeri mengarahkan
empat jenis perniagaan itu merangkumi pasar raya besar atau hypermarket, pasar raya (supermarket), kedai serbaneka dan restoran makanan segera menutup operasi.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail berkata, langkah itu bertujuan memenuhi keperluan pengguna selain anak-anak perantau yang pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman masing-masing.

“Setakat ini semua stesen minyak beroperasi seperti biasa dan hanya beberapa stesen minyak memohon untuk membuka sedikit lewat.

“Selain itu, ada beberapa premis yang memohon untuk melanjutkan tempoh perniagaan dan permohonan yang diterima itu kami luluskan,” katanya kepada pemberita pada majlis Iftar Ramadan di Pejabat KPDN di sini hari ini.

Azman memberitahu, anggota KPDN akan membuat pemantauan berterusan bagi memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Katanya, KPDN) Kelantan sudah pun menerima permohonan tambahan kuota bahan bakar tersebut daripada beberpa stesen minyak termasuk di kawasan sempadan.

Terdahulu, kerajaan negeri Kelantan menjelaskan hanya empat jenis premis yang diminta tutup pada Hari Raya pertama, bukannya membabitkan semua premis.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, Hilmi Abdullah dilaporkan berkata, empat premis berkenaan adalah pasar raya besar, pasar raya, kedai serbaneka dan restoran makanan segera.

Katanya, premis lain yang di luar empat kategori berkenaan boleh beroperasi seperti biasa.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya