225 mangsa banjir di empat PPS, Jasin paling ramai

225 mangsa banjir di empat PPS, Jasin paling ramai

PARAS air di jalan Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) meningkat susulan hujan berterusan sejak malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seramai 225 mangsa daripada 65 keluarga di sekitar Jasin dan Melaka Tengah ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 4 petang.

Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri memaklumkan, sebanyak 32 lokasi di Melaka Tengah terjejas banjir seperti Bandar Kaba, Bukit Cina, Taman Rambai Jaya Utama, Kampung klebang Kecil dan Taman Malim Permai.

“Turut terjejas Kampung Pengkalan Rama, Taman Pandan Jaya, Jalan Merdeka, Taman Bertam Perdana, Kandang dan Ayer Molek. Dua lokasi di Jasin yang terjejas banjir adalah Kampung Kilang Berapi dan Kampung Asam Kumbang.

“Jasin paling ramai terjejas banjir iaitu seramai 169 mangsa daripada 52 keluarga dan ditempatkan di dua PPS iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum dan SMK Dato’ Abdul Rahman. Seramai 56 mangsa daripada 13 keluarga berada di PPS Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Malim dan Sekolah Kebangsaan Seri Duyong,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Terdahulu, hujan lebat berterusan sejak pukul 11 malam semalam menyebabkan beberapa lokasi termasuk laluan sekitar Bandaraya Melaka dinaiki air.

Tambah kenyataan itu, PPS SMK Dang Anum paling awal dibuka iaitu pada pukul 9 pagi manakala yang terbaharu SMK Dato’ Abdul Rahman dibuka pada pukul 2.10 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya