KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menganggarkan sebanyak 2 juta kenderaan akan masuk ke negeri ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Pengarahnya Mohd. Misuari Abdullah berkata, ia berpandukan kepada statistik yang telah direkodkan pada tahun-tahun sebelum ini.
Menurutnya, anggaran kemasukan tersebut melibatkan tiga pintu utama ke negari ini iaitu Pasir Puteh, Gua Musang dan Jeli.
“Untuk itu, JPJ Kelantan telah membekukan semua cuti pegawai dan anggota bahagian penguat kuasa bagi melancarkan penugasan operasi sepanjang Aidilfitri nanti,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Misuari memberitahu, aliran trafik ke Kelantan dijangka akan mulai sejak pada 28 Mac ini.
Katanya, beliau berharap jalan raya supaya sentiasa berhati-hati dan patuh kepada peraturan sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing.-UTUSAN