ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 12 orang awam, termasuk tujuh kanak-kanak terbunuh, selepas dua pengebom berani mati merempuh pangkalan keselamatan di barat laut Pakistan, menggunakan kenderaan sarat bahan letupan, kelmarin. Menurut polis dan pasukan penyelamat, kejadian berlaku sejurus selepas penduduk tempatan selesai berbuka puasa, menyebabkan bumbung sebuah masjid berhampiran runtuh akibat letupan berkenaan. Seorang pegawai tentera yang enggan dikenali berkata, letupan itu turut menyebabkan suasana di pasar berdekatan yang sibuk dengan pengunjung menjadi panik. Katanya, beberapa militan cuba menceroboh pangkalan tentera selepas letupan tersebut, namun berjaya dipatahkan oleh pasukan keselamatan. “Enam militan ditembak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya