Zakat fitrah N. Sembilan ditetapkan RM7.50, RM12 dan RM22

Zakat fitrah N. Sembilan ditetapkan RM7.50, RM12 dan RM22

ABDUL Aziz Ab Kadir (tiga dari kanan) dan pengurusan MAINS menunjukkan tiga kadar bayaran zakat fitrah di Negeri Sembilan pada sidang akhbar di Seremban hari ini. UTUSAN /NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN : Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7.50, RM12 dan RM22.

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Datuk Seri Dr Abdul Aziz Ab Kadir berkata, penetapan tiga kadar harga ini adalah berdasarkan kepada kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini iaitu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.751 kilogram.

“Bagi menjunjung titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan perkenan Dato Undang Yang Empat serta Tunku Besar Tampin ketetapan Pewartaan Kadar Zakat Fitrah bagi tahun 1446H/2025 Masihi adalah RM7.50 bagi masyarakat Islam yang menjadikan makanan hariannya dari jenis Super Special Tempatan SST 5 peratus. 

“Sementara, kadar RM12 bagi masyarakat Islam yang menjadikan makanan hariannya dari jenis beras Super Import, Super Wangi dan Herba Ponni manakala RM22 bagi masyarakat Islam yang menjadikan makanan hariannya dari jenis beras Super Basmathi, “katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, bagi memperkasakan sistem kutipan zakat fitrah di negeri ini, MAINS turut membangunkan Aplikasi Mobile MyAmil Fitrah. 

“Aplikasi ini satu langkah penting dalam usaha pendigitalan sistem zakat bagi memastikan proses kutipan yang lebih efisien, telus dan selamat.

“Aplikasi Mobile MyAmil Fitrah yang  dibangunkan ini juga bagi membantu para amil menguruskan kutipan zakat fitrah secara dalam talian tanpa memerlukan penggunaan kupon fizikal,” katanya yang turut memberitahu seramai 1,250 amil telah dilantik di seluruh masjid dan surau di negeri ini bagi memastikan kelancaran urusan kutipan zakat fitrah.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, MAINS menyasarkan kutipan zakat fitrah pada tahun ini melebihi RM8 juta berbanding RM7.5 juta tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya