GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan program vaksinasi polio secara besar-besaran di Gaza akan disambung semula pada 22 Februari ini, menyasarkan hampir 600,000 kanak-kanak selepas virus itu kembali dikesan di wilayah berkenaan yang musnah akibat peperangan. Menurut agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, setakat ini tiada kes baharu dilaporkan selepas seorang bayi berusia 10 bulan di Gaza mengalami lumpuh akibat jangkitan polio pada Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, WHO memaklumkan virus polio kembali ditemui dalam sampel air sisa di Gaza pada Disember dan Januari lalu, sekali gus menunjukkan penularannya masih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya