Wanita warga emas curi ketika majlis kenduri ditahan lagi bantu siasatan kes di Tumpat

Wanita warga emas curi ketika majlis kenduri ditahan lagi bantu siasatan kes di Tumpat

DUA warga emas kes mencuri wang semasa kenduri perkahwinan kembali ditahan bagi membantu siasatan kes curi di Tumpat, Kelantan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang wanita warga emas dan rakan lelakinya yang sebelum ini direman bagi kes mencuri wang di dalam beg tangan di majlis kenduri di Pasir Mas dekat sini ditahan sekali lagi bagi membantu siasatan berhubung kes sama di Kampung Periok, Chabang Empat di sini pada tahun lalu.

Wanita berusia 61 tahun yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau dan suspek lelaki berusia 62 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan berkait kes tersebut sejurus tempoh reman kes di Pasir Mas tamat semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Mohd. Khairi Shafie berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berhubung kehilangan wang tunai sebanyak RM3,000 di dalam beg tangan isterinya.

Katanya, kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 10.18 pagi pada 22 Februari tahun lalu.

“Siasatan awal mendapati, seorang wanita berusia dalam lingkungan 60-an yang tidak dikenali telah hadir ke majlis perkahwinan anak perempuan di rumahnya di Kampung Periok, Chabang Empat di sini.

“Suspek berpura-pura menghadiri majlis kenduri itu dan menceroboh ke dalam bilik tidur mangsa sebelum dipercayai mencuri beg tangan milik isterinya yang mengandungi wang tunai sebanyak RM3,000.

“Suspek kemudian terus beredar majlis kenduri tersebut. Susulan daripada itu, seorang wanita dan lelaki warga emas masing-masing berusia dalam lingkungan 60-an ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Khairi memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

Utusan Online sebelum ini melaporkan, seorang wanita warga emas yang dipercayai menyamar sebagai tetamu sebelum melarikan beg tangan berisi wang berjumlah RM2,500 semasa majlis kenduri di sebuah rumah di Kampung Tasek Berangan di sini pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.

Suspek berusia, 61, di berkas pada pukul 2.35 petang dihadapan sebuah masjid di Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu dekat sini semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya