MACHANG: Hasrat Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad melakukan kejutan untuk merebut jawatan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Machang tidak kesampaian apabila kalah pada pemilihan itu hari ini.
Wan Ahmad Fayhsal kalah kepada ‘orang lama’, Kamaruddin Ab Kadir atau Cikgu Din yang juga merupakan penyandang jawatan itu.
Pada pemilihan itu, Cikgu Din memperoleh undi sebanyak 103 sementara Wan Ahmad Fayhsal sekadar meraih 26 undi.
Sementara itu, Pengerusi Bersatu negeri Datuk Kamarudin Md. Nor ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan keputusan pemilihan tersebut.
Katanya, pemilihan itu berlangsung di luar musim selepas Bahagian Machang tidak mengadakan mesyuarat sebelum ini.
“Hal ini kerana, Bahagian Machang berdepan penggantungan selepas beberapa perkara tidak menepati syarat yang ditetapkan,” katanya.-UTUSAN