Ustaz Husam mahu tutup tiga pusat tahfiz

Ustaz Husam mahu tutup tiga pusat tahfiz

Ustaz Husam
AHMAD Husam Baderudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas, Ahmad Husam Baderudin mendakwa terpaksa menutup tiga pusat tahfiznya termasuk pondok warga emas susulan tindakan sabotaj oleh pihak yang disifatkan sebagai berlaku khianat.

Menurutnya, pihak terbabit didakwa membuat laporan polis terhadap sebuah yayasan yang sebelum ini membiayai pusat pengajian tahfiznya iaitu Maahad Tahfiz Ar Riyaadah menyebabkan akaun milik organisasi itu dibekukan.

Ahmad Husam berkata, susulan pembekuan itu pengurusan pusat tahfiz berdepan kesukaran untuk membayar gaji guru, pekerja dan menanggung kos operasi lain.

Menurutnya selain pusat tahfiz, beliau yang dikenali sebagai Ustaz Husam juga mengendalikan pusat jagaan warga emas dan guru pondok secara percuma.

“Saya rasa maahad tahfiz saya pun tak lama dah sebulan dua lagi saya tutup operasi sepenuhnya. Sebab ada macam-macam masalah saya pun tak larat.

“Macam-macam orang kacau, orang tak puas hati mahu duit kami dan buat laporan polis, mahu duit anak yatim, pelajar tahfiz pergi buat laporan polis. Lepas itu akaun kami sekarang ini kena beku.

“Mungkin dalam sebulan dua lagi saya tutup sepenuhnya operasi maahad tahfiz saya dan saya akan maklumkan asnaf-asnaf yang saya jaga, ada tok-tok pondok yang saya jaga, ada anak-anak yatim, fakir miskin,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Husam memberitahu, beliau terpaksa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana tidak tahan dengan gangguan kumpulan berkenaan.

“Saya tak tahan diganggu, itu yang saya buat laporan SPRM baru-baru ini dan SPRM sudah cekup orang yang hendak duit itu, aktivis politik,” tambahnya.

Jelasnya, akibat daripada tekanan tersebut beliau terpaksa menjual tanah dan membuat pembiayaan semula kediamannya bagi membiayai kos operasi termasuk membayar gaji kakitangannya.

“Pusat tahfiznya di Alor Setar terpaksa ditutup selama dua minggu lalu kerana tidak mampu membayar bil elektrik yang dipotong susulan pembekuan akaun.

Selain itu Ahmad Husam berkata penjelasan itu penting supaya orang ramai memahami situasinya kerana operasi pusat tahfiz dan pusat jagaan warga emasnya menggunakan sumbangan orang ramai.

Bagaimanapun beliau akan berusaha untuk mempertahankan pusat tahfiz yang telah dibina sejak sekian lama itu terus beroperasi.

Pada 5 November tahun lalu, seorang aktivis politik antara tiga lelaki ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah.

Lelaki berusia antara 30-an hingga 50-an itu didakwa meminta wang daripada seorang pendakwah selebriti kononnya bagi membantu menyelesaikan kes pengubahan wang haram (AMLA) yang dalam siasatan polis.

Difahamkan, ketiga-tiga lelaki itu ditahan antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang semalam dalam operasi sekitar Bedong, Sungai Petani dan di Pejabat SPRM Kedah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN