BEIRUT: Kumpulan Hezbollah mengumumkan upacara pengebumian bekas pemimpinnya, Hassan Nasrallah, akan diadakan pada 23 Februari ini, beberapa bulan selepas beliau terbunuh dalam serangan udara Israel di ibu negara Lubnan tersebut. Nasrallah, yang menerajui Hezbollah sebagai Setiausaha Agung selama lebih tiga dekad, maut pada 27 September lalu ketika Israel meningkatkan serangan udara ke atas sasaran kumpulan itu di pinggir selatan Beirut. Penggantinya, Naim Qassem, dalam ucapan yang disiarkan secara langsung semalam, berkata Nasrallah terbunuh dalam keadaan yang mencabar, sehingga menyebabkan kumpulan itu terpaksa melaksanakan pengebumian sementara mengikut tradisi agama. Qassem menjelaskan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya