WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mempertahankan usaha Elon Musk untuk menutup beberapa agensi kerajaan, di tengah cabaran undang-undang, isu ketelusan dan pertikaian mengenai konflik kepentingan. Parti Demokrat menuduh jutawan terkenal itu mendapat manfaat peribadi daripada beberapa perubahan yang cuba dilaksanakan oleh pentadbiran Trump, seperti cadangan penutupan Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID). “Beliau tidak mendapat sebarang keuntungan. Malah, saya tertanya-tanya bagaimana dia boleh meluangkan masa untuk perkara ini,” kata Trump kepada pemberita, kelmarin. Beliau berkata, Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) di bawah Musk akan segera meneliti perbelanjaan dalam ketenteraan dan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya