'Transporter' bawa pokok durian seludup jenis duri hitam ditahan

‘Transporter’ bawa pokok durian seludup jenis duri hitam ditahan

SEBAHAGIAN anak pokok durian jenis duri hitam seludup yang dirampas di Kampung Parit Air, Rantau Panjang, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Seorang lelaki yang bertindak sebagai ‘transporter’ ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) menerusi Op Taring Wawasan Kelantan selepas membawa 3,000 anak pokok durian seludup jenis duri hitam di Kampung Parit Air di sini kelmarin.

Lelaki berusia 44 tahun itu ditahan pada pukul 10.30 pagi selepas anggota PGA mengesan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.

Komander Briged Tenggera Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan ke atas lori itu membawa kepada penemuan 3,000 anak pokok durian jenis duri hitam yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Menurutnya, kesemua anak pokok itu akan di hantar ke sebuah kebun di Perak.

“Anak pokok ini disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.

“Nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM900,000. Kesemua rampasan termasuk suspek telah dibawa ke Balai Polis Rantau Panjang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya