BANGKOK: Tindakan Thailand menghantar pulang sekurang-kurangnya 40 etnik Uighur ke China dikecam pelbagai pihak, termasuk organisasi dunia dan Amerika Syarikat (AS). Kumpulan itu dihantar pulang ke wilayah Xinjiang, China pada Khamis selepas ditahan selama 10 tahun di pusat tahanan di Bangkok. Ia adalah kali pertama Thailand mengusir warga Uighur sejak 2015, walaupun kumpulan hak asasi manusia memberi amaran mereka akan menghadapi penganiayaan sekembalinya ke China. Setiausaha Negara AS, Marco Rubio mengutuk sekeras-kerasnya pemulangan itu, dengan menegaskan minoriti Islam Uighur berdepan pembunuhan beramai-ramai. “Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan Thailand memulangkan sekurang-kurang 40…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya