Tiga tahun seragam sekolah tidak berganti baharu

Tiga tahun seragam sekolah tidak berganti baharu

GARRY Kuan Pei Ern (dua kiri) semasa hadir ke majlis penyampaian sumbangan seragam sekolah di Kampung Mentua, Tumpat, Kelantan. – UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Seorang nenek sebak apabila hasrat melihat cucunya memakai seragam baharu ke se­kolah bakal menjadi kenya­taan selepas tidak dapat berbuat demikian sejak tiga tahun lalu.

Soo Kee Tha, 57, berkata, kesempitan hidup yang dialami menyebabkan dia tidak dapat menyediakan kelengkapan itu kepada cucunya, Yeen Ney Phaisan, 10.

“Saya hanya mampu membeli sepasang kasut untuk ke­gunaan cucu. Walaupun dia menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 tetapi wang itu saya gunakan untuk urusan membeli kelengkapan lain seperti buku tulis dan lain-lain.

“Kedua ibu bapa Yeen Ney sudah bercerai. Jadi tugas menjaganya dipikul sepenuh­nya oleh saya. Ibunya sudah berkahwin lain,” katanya ketika ditemui semasa program Kembali Ke Sekolah anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Lions Club of Kota Bharu Host di Wat Mentua, Kampung Mentua di sini.

Kee Tha berkata, dia meneruskan kelangsungan hidup dan menyara cucunya itu dan seorang lagi cucu berusia 12 tahun dengan hasil menjual sayur.

Sementara itu, Presiden Ke­lab Lions Kota Bharu Host, Prof. Madya Dr. Garry Kuan Pei Ern berkata, seramai 37 pelajar Siam di Kampung Mentua dan Kubang Bemban menerima kelengkapan persekolahan itu.

Katanya, pemilihan dua kampung itu kerana kawasan tersebut ditenggelami banjir hujung tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya