Tidak semua parti dalam GRS kemuka senarai calon wanita - Utusan Malaysia

Tidak semua parti dalam GRS kemuka senarai calon wanita

AZIZAH Mohd. Dun (belakang-empat kanan) bergambar kenangan bersama pengamal media yang hadir pada Majlis Apresiasi Media IDS di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Tidak semua parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengemukakan senarai calon wanita untuk dipertimbangkan oleh pimpinan tertinggi menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Azizah Mohd. Dun berkata, sebanyak 10 nama telah diterima daripada pelbagai parti yang menganggotai GRS pada mesyuarat Wanita GRS yang lepas dan senarai itu akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan untuk penilaian.

“Ada parti yang tidak mengemukakan senarai calon wanita jadi, kita tidak boleh paksa mereka. Jadi, mana yang telah mengemukakan kita dengar dan bawa untuk penilaian pimpinan tertinggi.

“Setelah kita berbincang di peringkat wanita maka, kita akan hantar kepada pucuk pimpinan dan akhirnya terpulang kepada pucuk pimpinan untuk membuat keputusan,” katanya semasa ditemui pada Majlis Apresiasi Media Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS), semalam.

Katanya, mana-mana kerusi yang dimiliki oleh Wanita GRS akan terus dipertahankan pada PRN17.

Walau bagaimanapun katanya, jumlah calon wanita mungkin akan bertambah sekiranya ada wanita diluar sana dirasakan berpotensi dan boleh membawa kemenangan kepada GRS. Mungkin juga wanita itu tidak berada dalam kalangan Wanita GRS.

“Apa sahaja boleh berlaku apabila pilihan raya semakin hampir. Mungkin wanita itu tidak berada dalam Wanita GRS jadi, kita tidak boleh hentikan mereka daripada bertanding sekiranya mereka layak dan berpotensi untuk menang,” katanya.

Azizah yang juga Pengerusi IDS berkata, agensi itu turut membantu menjalankan kajian dalam membantu mengeluarkan lapan daerah termiskin di Sabah. Salah satu daerah iaitu Tuaran telah berjaya dibantu manakala, daerah-daerah lain akan dibantu bermula tahun ini.

Di peringkat IDS, mereka akan melihat usaha yang boleh diambil bagi membantu meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan tersebut.

“Kita bantu bagaimana untuk mempelbagaikan hasil mereka. Jika mereka nelayan, kita bantu cara untuk mempelbagaikan hasil dan produk yang dikeluarkan. Kalau tempat itu berpotensi dijadikan sebagai destinasi pelancongan, kita akan bantu agar pengunjung boleh datang ke kawasan tersebut.

“Itu antara langkah yang boleh kita cadangkan kepada penduduk agar pendapatan dan ekonomi penduduk setempat lebih pelbagai,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya