Tiada lagi penswastaan tanah RRI - Johari Ghani - Utusan Malaysia

Tiada lagi penswastaan tanah RRI – Johari Ghani

JOHARI ABDUL GHANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) memutuskan tiada lagi perancangan penswastaan membabitkan Tanah Institut Penyelidikan Getah (RRI).

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, LGM tidak mahu kesilapan yang berlaku pada 2013 berulang berhubung kerjasama dengan syarikat swasta bagi tujuan pembangunan tanah RRI.

“Berhubung tanah yang bukan lagi getah tetapi ia lebih kepada estet atau hartanah, Pengarah Lembaga Getah Malaysia sudah membuat keputusan bahawa tiada lagi perancangan penswastaan.

“Ini kerana kita perlu belajar daripada kesilapan yang kita buat. Pada 2013, satu tanah di Jalan Ampang 54 ekar, kita menswastakan kepada satu konglomerat besar dan syarikat swasta untuk membangunkan tanah tersebut.

“Mereka menjanjikan untuk memberi kepada kita bangunan (menerusi LGM) dan 10 tahun baru mereka siapkan bangunan (tersebut). Dalam tempoh 10 tahun itu, bangunan mereka sudah siap tetapi bangunan yang mereka beri kepada LGM sudah tidak ada penyewa dan terlebih bekal pejabat, yang ini kita tidak mahu.

“Sedangkan tanah itu nilainya lebih tinggi daripada bangunan yang kita dapat,” katanya di Dewan Rakyat, pada sesi penggulungan kementeriannya, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya