Terkilan tidak halang Norshamira bertemu suspek

Terkilan tidak halang Norshamira bertemu suspek

SUSPEK dibawa ke lokasi mangsa dibunuh bagi mencari bahan bukti di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: “Saya sangka dia kenal pembunuh,” ujar seorang nelayan yang terkilan tidak menghalang mangsa pembunuhan, Norshamira Zakaria, 37, daripada bertemu suspek.

Mangsa dikatakan bertemu suspek untuk menghantar barang niaga di tepi Sungai Kuantan berhampiran Jambatan Tanjung Lumpur, malam Rabu lalu.

Nelayan berkenaan, Mohd., 40, berkata, dia sempat menegur mangsa yang keluar kereta dan berjalan kaki melintasi kedai makan tempat dia dan rakannya sedang minum.

“Saya tanya dia (mangsa) hendak ke mana? Dia kata hendak hantar barang, tapi saya cuba halang dia pergi ke arah kawasan gelap.

“Saya beritahu dia untuk tunggu di kedai dan memanggil pelanggannya datang. Sebaliknya mangsa beritahu mengenali suspek dan terus menuju ke arah suspek sebaik melihat suspek memanggil, melambai menggunakan lampu telefon bimbit,” katanya ditemui berhampiran lokasi kejadian.

Mohd. mengakui dia kurang senang apabila mendapati mang­sa mengambil masa terlalu lama, namun tidak pula mencarinya kerana beranggapan mangsa mungkin kenalan rapat suspek.

“Kalau saya tahu siapa suspek, saya tidak akan bagi jumpa, kalau hendak jumpa juga, saya akan teman, sebab suspek dikenali ‘bermasalah’ di kawasan ini.

“Kami sudah lama tidak jumpa dia (suspek), dalam dua tiga tahun tak jumpa. Tapi dua tiga hari sebelum kejadian, dia tiba-tiba muncul semula di kawasan ini,” katanya menambah, rata-rata nelayan mengenali suspek yang menetap di kawasan ini sejak berpuluh tahun lalu.

Sementara itu, polis turut membawa suspek berusia 53 tahun ke lokasi kejadian kira-kira pukul 2.30 petang semalam bagi membantu siasatan dan mendapatkan bahan bukti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya