Tembikai bantu 20 asnaf keluar kepompong miskin

Tembikai bantu 20 asnaf keluar kepompong miskin

TENGKU Ahmad Badli Shah Raja Hussin (tiga dari kanan) melakukan gimik penuaian hasil tanaman tembikai yang diusahakan oleh asnaf di Kampung Air Tawar, Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. - UTUSAN/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Seramai 20 asnaf dari Kampung Air Tawar dan Pak Mayong, di sini yang mengusahakan tanaman tembikai di bawah Projek Hijrah Asnaf berupaya keluar dari kepompong kemiskinan apabila meraih pendapatan sekitar RM30,000 satu musim.

Seorang peserta Mokhtar Mat Hassan, 50, berkata, sejak menyertai projek di bawah bimbingan Agrobank itu, dia memperoleh pendapatan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Sebelum menyertai program ini pendapatan saya sekitar RM9,000 untuk semusim. Namun, selepas mendapat bimbingan, pendapatan semusim saya mencecah sehingga RM40,000.

“Saya mengusahakan tanaman seluas 0.8 hektar dengan hasil tuaian lebih 15 tan metrik. Alhamdulillah, tahun ini rezeki buat saya menghasilkan buah gred A yang mempunyai harga lebih baik di pasaran,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, semalam.

Gimik perasmian menuai buah di jelapang tembikai disempurnakan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif AgroBank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.

Mokhtar berkata, pendapatannya itu membolehkannya mengeluarkan zakat dan membantu pula golongan kurang berkemampuan.

“Sebelum ini saya penerima zakat, hari ini menjadi pembayar zakat,” ujarnya.

Seorang lagi penanam, Mohd. Nawi Ramli, 51, berkata, bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan Agrobank banyak membantunya dalam meningkatkan hasil pengeluaran serta pendapatan.

Katanya, melalui hasil tanaman tembikai ini, dia mampu menyara anaknya sehingga melanjutkan pengajian ke menara gading.

Sementara itu, Tengku Ahmad Badli Shah berkata, AgroBank memperuntukkan sebahagian dana zakat dan geran padanan iTekad Bank Negara Malaysia berjumlah RM510,400 bagi kos pelaksanaan projek berkenaan

Katanya, ia adalah program pembangunan usahawan berstruktur berimpak tinggi dalam membantu meningkatkan taraf hidup asnaf dan golongan B40 di Kelantan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya