TEKUN catat pengurangan kadar NPL 9.8 peratus tahun lalu

TEKUN catat pengurangan kadar NPL 9.8 peratus tahun lalu

EWON BENEDICK - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) mencatatkan pengurangan kadar Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) daripada 12.6 peratus pada 2023 kepada 9.8 peratus pada 2024.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick berkata, beberapa langkah telah diambil bagi memastikan dana tersebut dapat disalurkan kepada usahawan lain yang memerlukan.

Antaranya, mengadakan program pendidikan kewangan bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), menjalankan pemantauan berkala serta memperkukuhkan urusan komunikasi dalam proses pemungutan bayaran pinjaman.

Pada masa sama menawarkan opsyen penstrukturan semula pinjaman kepada usahawan yang menghadapi kesukaran kewangan.

“Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) juga telah menunjukkan kejayaan paling cemerlang sejak 38 tahun ia ditubuhkan dengan pencapaian Portfolio at Risk (PAR) pada 2024 pada paras 0.02 peratus berbanding 0.09 peratus pada 2023,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Doris Sophia Anak Brodi (GPS-Sri Aman) meminta kementerian menyatakan usaha membantu lebih ramai usahawan terutama Perusahaan Mikro dan Informal.

Sophia turut meminta penjelasan kementerian berhubung usaha yang dilakukan oleh agensi Kuskop seperti TEKUN dan AIM dalam mengurangkan kadar NPL agensi dan status pencapaian NPL agensi tersebut pada 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya