Tahun Melawat Selangor 2025 sasar kutipan RM11.7 bilion

Tahun Melawat Selangor 2025 sasar kutipan RM11.7 bilion

Tahun Melawat Selangor
NG SUEE LIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Selangor menyasarkan kutipan sebanyak RM11.7 bilion menerusi Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025 dalam sektor pelancongan sepanjang tahun ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Selangor, Datuk Ng Suee Lim berkata, beliau optimis sasaran tersebut boleh dicapai berdasarkan promosi dan penganjuran acara yang akan dijalankan sepanjang kempen tersebut.

“Antara promosi yang dirancang dan telah dibuat seperti membuat promosi di media sosial, menyertai ekspo pelancongan luar negara, bekerjasama dengan pempengaruh dan lain-lain lagi.

“Kita juga merancang untuk menganjurkan lebih 100 acara yang akan dianjurkan oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan dan swasta serta Tourism Selangor,” katanya Persidangan Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Ke-15 Tahun 2025, hari ini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat dalam sidang tersebut mengemukakan soalan berkaitan strategi dan program yang dirancang untuk menarik pelancong sempena TMS 2025.

Selain itu, Suee Lim turut menjelaskan beliau peruntukan tambahan berjumlah RM5 juta daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Selangor dalam satu pertemuan semalam.

“Tambahan peruntukan itu diminta untuk menggiatkan lagi promosi TMS 2025 yang perlu sepanjang masa supaya sasaran 8 juta pelancong dapat direalisasikan.

“Kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM3 juta sebagai persediaan bagi menghadapi TMS 2025. Bagi tahun ini, peruntukan yang diluluskan adalah RM8 juta berbanding RM6 juta dalam Belanjawan Tahun 2024,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya