RAMALLAH: Persatuan Tahanan Palestin mendedahkan bahawa puluhan rakyat yang dibebaskan dari penjara Israel menunjukkan tanda-tanda penyeksaan dan kebuluran. Setakat Sabtu lalu, empat kumpulan tahanan Palestin dibebaskan dari penjara Israel di bawah perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 19 Januari lalu. Menurut organisasi itu, beberapa bekas tahanan kelihatan lemah dan letih sebaik dibebaskan, dengan keadaan pakaian seragam penjara berwarna kelabu yang kotor. “Setiap kali tahanan dibebaskan, kami mendapati tubuh mereka mencerminkan tahap jenayah yang dilakukan, termasuk penyeksaan, kebuluran, penafian hak rawatan perubatan dan jangkitan kudis. “Selain itu, mereka juga dipukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya