STOCKHOLM: Kerajaan Sweden mengumumkan rancangan untuk mengetatkan undang-undang senjata api, susulan kejadian tembakan beramai-ramai yang berlaku di sebuah pusat pendidikan negara, baru-baru ini. Dalam kejadian pada Selasa lalu, 10 disahkan maut dalam serangan di sekolah Kampus Risbergska di Orebro, sebelum pelaku, Rickard Andersson menembak dirinya sendiri. Penyerang dilapor menggunakan beberapa senjata api berlesen miliknya sendiri. Menurut polis, serangan itu mengorbankan tujuh wanita dan empat lelaki berusia antara 28 hingga 68 tahun, termasuk suspek. Susulan insiden itu, kerajaan Sweden bersetuju dengan sekutu sayap kanan di Parlimen untuk mengetatkan proses tapisan pemohon…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya