KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Datuk Dr. Johari Abdul Ghani, memberi peringatan kepada semua Ahli Parlimen untuk mengamalkan budaya politik matang, seperti dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Beliau berkata, sebagai institusi tertinggi demokrasi negara, Parlimen harus menjadi medan perbahasan yang sihat dan konstruktif, bukan medan pertelingkahan yang memecah-belahkan rakyat. “Saya menyambut baik Titah Diraja yang telah disampaikan oleh Seri Paduka, oleh itu, ini merupakan satu peringatan yang amat bermakna bagi semua Ahli Parlimen memperjuangkan kepentingan rakyat secara beretika,” katanya menerusi satu kenyataan. Seri Paduka dalam Titah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya