Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar ke SPR

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar ke SPR Selasa ini

MOHAMMAD Zahir Abdul Khalid sewaktu menziarahi jenazah Allahyarham Ishsam Shahruddin di Desa Sri Ampang di Ipoh semalam. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid akan menghantar pemakluman notis kekoso­ngan kerusi DUN Ayer Kuning kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Selasa ini.

Ini bagi membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Saharuddin kelmarin.

“Minggu depan kita akan maklumkan kepada SPR seperti mana PRK DUN Slim supaya proses sepatutnya mengikut undang-undang tubuh ne­geri tubuh dan juga Perlembagaan negara dapat dilakukanm,” katanya ketika ditemui pembe­rita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Ishsam Shahruddin di Desa Sri Ampang di sini semalam.

Berdasarkan Perkara 36(5) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, Speaker DUN akan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya kecil.

PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR menerima notis rasmi mengenai kekosongan kerusi tersebut.

Ishsam, 59, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai perlawanan bola sepak persahabatan empat penjuru di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang kira-kira pukul 6 petang kelmarin.

Ishsam yang pertama kali bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada tahun 2022 berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Ayer Kuning de­ngan majoriti 2,213 undi.

Allahyarham yang dilahirkan pada 31 Ogos 1966 di Sungkai, Perak, merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan negeri Perak pada era 80-an dan 90-an dan antara pemain bola sepak seangkatan dengannya ialah Azizul Abu Haniffa, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff, Roafandi Yusoff, Zaidi Napiah, Chan Kok Heng, A Elangovan dan Mohd. Nazrin Chong.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Rozlita Abdullah dan empat anak.

Sepanjang hayat, Allahyarham pernah memegang beberapa jawatan termasuk Ahli Lembaga Pengarah Perbada­nan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk), Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Perak, Presiden Bola Sepak Daerah Batang Padang dan Penaung Akademi Bola Sepak Ishsam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya