SHAH ALAM: Pengurusan Taman Tema i-City menghentikan operasi SkyCity berkuatkuasa serta susulan pengeluaran notis terakhir oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada 23 Januari lalu.
SkyCity dalam kenyataannya berkata, pihaknya sedang berusaha untuk membuka semula tarikan baharu gelongsor air kaca itu dengan segera kepada orang ramai.
“Sky i-City menyokong Tahun Melawat Selangor 2025 serta Tahun Melawat Malaysia 2026 (dan) berusaha untuk beroperasi semula dengan segera.
“Sky i-City menyokong kempen Melawat Selangor 2025 dan Melawat Malaysia 2026 sepenuh serta sedang berusaha untuk beroperasi semula secepat mungkin,” katanya.
Jelasnya, susulan penutupan sementara itu, orang awam yang sudah membeli tiket boleh menukarnya dengan menikmati tarikan lain di i-City atau mendapatkan pulangan wang penuh mengikut kesesuaian.
“Kami kekal komited dalam menyokong Visit Selangor 2025 dan Visit Malaysia 2026 serta
mempromosikan Selangor sebagai destinasi pelancongan utama. Berhubung pemulangan tiket, orang ramai boleh menghubungi 03-5521 8800,” ujarnya.
Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan polis mengesahkan seorang wanita menjadi mangsa insiden belon pelampung yang dipercayai jatuh ketika melintasi bahagian bawah gelongsor air kaca SkyCity, pada Rabu lalu.
Susulan insiden tersebut juga, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan pihaknya tidak pernah memberikan kebenaran kepada SkyCity untuk beroperasi selepas pembinaannya tidak mendapat kelulusan serta tiada permohonan kebenaran merancang (KM) dikemukakan. – UTUSAN