Simpati nasib peniaga Pesta Angin Timur, Abu Bakar tawar lokasi niaga di Lok 9 - Utusan Malaysia

Simpati nasib peniaga Pesta Angin Timur, Abu Bakar tawar lokasi niaga di Lok 9

PARA peniaga mengalihkan barang selepas kawasan Pesta Angin Timur digenangi air dan selut tebal berikutan hujan lebat di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Perlis.-UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Simpati dengan nasib para peniaga Pesta Angin Timur 2025 yang terjejas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah tampil menawarkan lokasi niaga di Lok 9, Kuala Perlis kepada para peniaga.

Para peniaga di Pesta Angin Timur terpaksa memberhentikan operasi sekali gus menanggung kerugian apabila tapak pesta berkenaan di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang di sini digenangi air dan diselimuti selut tebal susulan hujan lebat, semalam.

Abu Bakar berkata, para peniaga yang terjejas itu boleh berniaga di dataran Lok 9 tersebut yang juga mempunyai aktiviti bersempena Pesta Angin Timur.

Katanya, mereka boleh berniaga secara percuma di situ dan hanya mengeluarkan sedikit kos untuk kutipan sampah sahaja.

“Kita sangat bersimpati dengan nasib peniaga yang tidak dapat meneruskan perniagan di Pesta Angin Timur itu. Di Lok 9 terdapat aktiviti pertunjukan wau selama dua hari dan peniaga boleh berniaga di situ.

“Saya harap ia sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban peniaga ini,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan Pesta Angin Timur Perlis 2025 tetap diteruskan dengan sedikit perubahan aktiviti dan lokasi susulan tapak lokasi berkenaan masih berlumpur tebal berikutan hujan lebat semalam.

Malah, aktiviti jualan membabitkan 170 lot niaga di kawasan tersebut juga terpaksa dibatalkan susulan daripada situasi tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia sebelum itu mendapati kebanyakan peniaga di tapak berkenaan termasuk yang datang dari luar negeri ini mengemas barangan berikutan tidak dapat meneruskan operasi perniagaan.

Selain itu, dianggarkan lebih 20 kenderaan terdiri daripada kereta, food truck dan bas turut didapati terkandas di dalam lumpur berikutan tanah sawah yang lembut.

Keadaan lalu lintas di kawasan itu juga kelihatan sedikit sesak dengan kenderaan biarpun beberapa acara telah diubah ke lokasi lain susulan daripada kejadian itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN