ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberitahu beliau mengemudi pentadbiran negeri itu bukan semata-mata untuk berkhidmat kepada orang Melayu, Islam dan parti Pas sahaja. Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu, beliau sebaliknya bertanggungjawab terhadap kesemua 2.2 juta rakyat Kedah yang terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan peringkat umur. Katanya, beliau juga Menteri Besar yang diberi mandat dan tanggungjawab oleh Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah untuk memimpin dan menguruskan kesejahteraan penduduk tidak kira yang mengundi atau tidak mengundi Perikatan Nasional (PN) ketika pilihan raya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya