Sarawak perkenal syarikat penerbangan AirBorneo

Sarawak perkenal syarikat penerbangan AirBorneo

ABANG JOHARI TUN OPENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg, mengumumkan negeri itu akan mempunyai syarikat penerbangan sendiri yang dinamakan AirBorneo.

Pengumuman itu dibuat di Kuching selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli yang merasmikan pengambilalihan syarikat penerbangan luar bandar, MASwings oleh kerajaan negeri.

Abang Johari berkata, penubuhan AirBorneo bertujuan mewujudkan keseimbangan antara ketersambungan, tambang berpatutan dan faedah ekonomi bagi Sarawak.

“AirBorneo bersedia mewujudkan keseimbangan antara ketersambungan, tambang berpatutan dan faedah ekonomi bagi Sarawak,” katanya pada majlis menandatangani perjanjian antara kerajaan negeri dan Malaysia Aviation Group (MAG).

Beliau berkata, AirBorneo juga akan beroperasi sebagai syarikat penerbangan perkhidmatan penuh yang menitikberatkan prestij serantau Sarawak sebagai destinasi pelancongan premium.

Sementara itu, MAG dalam kenyataan berkata, peralihan MASwings kepada kerajaan negeri dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

“MAG bekerjasama rapat dengan semua pihak berkepentingan termasuk pemegang saham Khazanah Nasional Bhd untuk memastikan peralihan yang lancar serta pematuhan terhadap semua rangka kerja perundangan dan kawal selia yang berkaitan,” katanya.

Sepanjang tempoh peralihan ini, MASwings akan terus beroperasi seperti biasa di bawah bidang kuasa MAG dengan jadual penerbangan yang tidak terganggu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya