SHAH ALAM: Keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu menarik nafas lega selepas Mahkamah Tinggi di sini semalam memerintahkan penganalisis Abdul Razak Baginda dan Kerajaan Malaysia membayar RM9 juta kepada mereka. Perintah tersebut dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, M. Sumathi yang mengarahkan kedua-dua pihak berkenaan melunaskan bayaran tersebut dalam tempoh 30 hari melalui akaun firma guaman Karpal Singh & Co sehingga rayuan dilupuskan. Beliau dalam penghakimannya memutuskan Abdul Razak yang juga pengamal undang-undang dan kerajaan sebagai defendan ketiga dan keempat masing-masing membayar sejumlah RM4,702,054.80 kepada keluarga mendiang dalam tempoh 30 hari selepas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya