Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan balik pukul 2 petang setiap Jumaat - Utusan Malaysia

Ramadan: Penjawat awam wanita Negeri Sembilan balik pukul 2 petang setiap Jumaat

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan membenarkan semua penjawat awam wanita termasuk bukan Islam di negeri ini pulang seawal pukul 2 petang pada setiap Jumaat sepanjang bulan Ramadan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, seramai hampir 2,500 penjawat awam wanita mempunyai pilihan untuk masuk kerja pada pukul 7.30 pagi dan pulang seawal 2.00 petang dengan syarat tiada waktu rehat tengahari (cukup jam bekerja).

Bagaimanpun menurut beliau, ketua jabatan bertanggungjawab memantau waktu bekerja pegawai yang perlu bertugas dengan memastikan prosedur dan syarat yang ditetapkan dipatuhi oleh semua pegawai bawah seliaan.

“Semoga pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksibel (WBF) Khas Bulan Ramadhan Tahun 2025 ini akan meningkatkan motivasi semua penjawat awam wanita di Negeri Sembilan dalam memberikan komitmen sepenuhnya kepada perkhidmatan awam Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN