Pusat scammer di lapan kondominium mewah didalangi warga China tumpas - Utusan Malaysia

Pusat scammer di lapan kondominium mewah didalangi warga China tumpas

ANTARA barang dirampas membabitkan sindiket penipuan di kondominium mewah di Persiaran Stonor yang diserbu, Rabu lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan antarabangsa dengan penahanan seramai 14 individu termasuk ketua sindiket warga China dalam serbuan di lapan premis kondominium Persiaran Stonor di sini pada Rabu lalu.

Kesemua suspek berusia lingkungan 28 hingga 52 tahun adalah terdiri daripada 14 warga asing iaitu seramai 12 termasuk empat warga China dan dua lelaki tempatan.

Serbuan oleh Unit Taktikal Siber dari Bahagian Operasi/Risikan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dijalankan hasil risikan terhadap sindiket yang dipercayai bergiat aktif sejak Oktober lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, kesemua tangkapan dipercayai berperanan sebagai ketua sindiket, penolong ketua sindiket, pengurus, pengurus kewangan, pegawai khidmat pelanggan dan pemandu.

Beliau berkata, siasatan mendapati sindiket ini terlibat dalam penipuan permainan dalam talian yang menawarkan hadiah berbentuk gajet iaitu peranti telefon, komputer, barangan mewah termasuklah Louis Vuitton, Balenciaga.

Katanya, pertandingan dalam talian yang dianjurkan sindiket ini adalah melalui platform WeGame dan menjanjikan beberapa kategori pemenang dengan mensasadkan mangsa warga China.

“Ahli-ahli dalam sindiket ini perlu menyertai aplikasi perbualan (chatting) dan forum-forum di China berkaitan online gaming kemudian mempelawa pemain- pemain baharu dari China untuk menyertai platform mereka yang kononnya menawarkan hadiah kemenangan yang lebih besar dan mewah.

“Mangsa yang berminat kemudiannya akan diminta untuk memuat turun aplikasi permainan yang ditetapkan dan diarahkan untuk membuat pembayaran bagi menyertai pertandingan.

“Mangsa turut dikenakan bayaran tambahan bagi meneruskan permainan. Bagaimanapun, selepas bayaran dibuat, sindiket tidak lagi dapat dihubungi “ katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK di sini hari ini.

Menurut Ramli, sindiket tersebut didapati memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial sekitar bulan Oktober lalu.

Jelasnya, ketua sindiket ini didapati menjalankan pusat panggilan di negara ini melalui hasil wang penipuan yang dilakukan di Filipina.

“Ketua sindiket turut dikesan membeli aset iaitu lapan premis kondominium dianggarkan bernilai RM16 juta dengan hasil wang ‘menipu’ menggunakan nama bekas isterinya yang juga warga China serta ahli sindiket berkenaan.

“Setiap ahli sindiket menerima gaji sekitar RM3,000.00 hingga RM7,000.00 sebulan,” katanya.

Ramli berkata, pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah RM4.89 juta dengan pelbagai mata wang lain.

“Turut dirampas dua Toyota Alphard, tiga kunci kawalan jauh, 27 unit telefon bimbit, pelbagai gajet digunakan sindiket serta enam utas jam dan 12 beg tangan mewah, empat utas rantai dan gelang, 11 kad akses rumah, dua kad bank, 10 anak kunci rumah dan perjanjian jual beli rumah. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM7 juta.

“Seramai 12 individu warga asing yang ditahan sedang direman selama empat hari hingga Ahad ini manakala dua lagi warga tempatan direman selama dua hari sehingga hari ini. Kes disiasat Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya