Projek cendawan tiram tingkat pendapatan asnaf

Projek cendawan tiram tingkat pendapatan asnaf

HAMID Yusoff (kanan) dan Ben Ooi Chooi Beng (dua dari kanan) meneliti cendawan tiram yang dihasilkan menerusi sistem iMistroom 2.0 di Surau Al Huda, Taman Markisah, Simpang Ampat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 20 asnaf mualaf di sini menjana pendapatan sampingan yang tinggi hasil tanaman cendawan tiram menggunakan teknologi hijau.

Projek komuniti di bawah Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu dapat meningkatkan taraf hidup dan menggalakkan lebih ramai asnaf menceburkan diri dalam industri pertanian moden.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal UiTM Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Hamid Yusoff berkata, projek terbabit dimulakan sejak September tahun lalu dengan pihak­nya memberikan latihan dan bimbingan kepada peserta terlibat.

“Kita gunakan sistem iMistroom 2.0 atau rumah cenda­wan pintar modular bagi memudahkan komuniti me­ngusahakan serta memantau tanaman mereka.

“Secara keseluruhannya, terdapat 20,000 bongkah cen­dawan di dua lokasi projek ini iaitu di Pokok Sena, Kepala Batas dan Surau Al Huda di sini yang mampu menghasilkan sehingga empat ke lima kali tuaian dalam tempoh tiga bulan sekali gus menjana hasil kira-kira RM20,000.

“Sistem iMistroom ini ter­nyata memudahkan peserta memantau hasil pengeluaran mereka, pada masa sama, mengelak berlaku pencemaran alam sekitar,” katanya selepas Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Asnaf Saudara Baharu melalui Aktiviti Penanaman Cendawan Tiram di Surau Al Huda, Taman Markisah di sini, semalam.

Pada majlis sama, Bank Rakyat turut menyumbang sebanyak RM364,800 khusus bagi membiayai projek berkenaan.

Chooi Beng berkata, pendapatan asnaf mualaf kini meningkat hasil daripada projek cendawan tiram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya