Prestasi menteri membanggakan, ambil serius keluhan rakyat - PM - Utusan Malaysia

Prestasi menteri membanggakan, ambil serius keluhan rakyat – PM

ANWAR Ibrahim pada sidang akhbar Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani Tahun 2025 di Bangi, Selangor hari ini.-UTUSAN/SYAKIR RADIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI:  Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan prestasi para menteri ketika ini di tahap membanggakan apabila menunjukkan keprihatinan tinggi dan mengambil serius setiap keluhan rakyat seterusnya menanganinya dengan penuh tanggungjawab.

Perdana Menteri  berkata, tidak semua menteri dalam keadaan sempurna namun mereka menunjukkan prestasi yang membanggakan.

Kata beliau, setiap menteri diberi ruang untuk melontarkan pendapat serta mendengar kritikan serta kecaman daripada rakyat.

“Sebenarnya dalam sidang ini bukan sahaja ruang untuk menteri mengemukakan pandangan tetapi mereka terpaksa dengar laporan rakan-rakan akademik, penjawat awam dan mendengar teguran kritikan dan cadangan

“Kemudian kita beri ruang kepada menteri untuk memberikan pandangan mereka tentang iltizam dan komitmen mereka untuk meningkatkan prestasi 

“Kalau setakat ini, saya tidak mengatakan semua menteri sempurna tetapi prestasinya membanggakan kerana mereka ambil serius terhadap kerja mereka dan ambil serius teguran yang mereka terima dan mengambil langkah yang perlu untuk membaiki prestasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pemukiman Jemaah Menteri Kerajaan Madani Tahun 2025, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.

Sementara itu, mengulas mengenai peruntukan kepada pembangkang, Anwar berkata, sudah lebih dua tahun pembangkang berdolak dalih mengenainya.

Katanya, pembangkang tidak perlu berjumpanya untuk meminta peruntukan sebaliknya kerajaan telah memberikan ruang itu melalui Fadillah.

“Saya rasa benda ini jangan dihebahkan di luar tetapi jalur untuk mengadakan perjumpaan.

“Mereka sebelum apa-apa pun sudah tuduh kita paksa untuk sokong Perdana Menteri, tidak ada langsung syarat yang dikemukakan dalam rundingan tersebut,” katanya.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya