JAKARTA: Presiden Prabowo Subianto menghormati 13 tuntutan mahasiswa daripada pelbagai universiti yang mengadakan demonstrasi ‘Indonesia Gelap’ pada Isnin lalu. Menteri Setiausaha Negara, Prasetyo Hadi berkata, kerajaan sentiasa terbuka dengan aspirasi rakyat serta komitmen mendengar suara mereka. “Bagi pihak kerajaan dan Presiden, kami sentiasa terbuka terhadap aspirasi masyarakat. “Sebelum memegang jawatan, kami juga terlibat dalam perjuangan politik, jadi kami faham situasi ini,” katanya kepada pemberita di Kompleks Dewan Perwakilan Rakyat di Senayan, kelmarin. Dalam menyambut baik suara mahasiswa, Prasetyo menggesa agar demonstrasi itu dilakukan secara aman dan tidak menganggu kepentingan awam.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya