Polis sita motosikal, kereta digunakan etnik Rohingya

Polis sita motosikal, kereta digunakan etnik Rohingya

SEBAHAGIAN motosikal yang disita selepas ditahan oleh polis menerusi operasi di Tal Tujuh, Pasir Mas, Kelantan hari ini-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Tindakan entik Rohingya menunggang motosikal dan memandu kereta tanpa kebenaran membawa padah selepas polis menyita kesemua kenderaan yang digunakan mereka menerusi operasi Tal Tujuh, di sini hari ini.

Dalam operasi itu, polis menyita enam buah motosikal dan sebuah kereta yang digunakan oleh etnik berkenaan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, sebanyak 16 keping saman atas pelbagai kesalahan telah keluarkan kepada entik Rohingya.

“Hasil soal siasat yang dijalankan mendapati ada dalam kalangan entik berkenaan membeli motosikal tersebut daripada warga tempatan dengan harga RM500 hingga RM3,500.

“Selain itu, ada dalam kalangan mereka menyewa motosikal itu dengan kadar RM200 sebulan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Kama Azural memberitahu, antara kesalahan yang dilakukan tiada lesen memandu, tidak memakai topi keledar, tida cukai jalan dan insurans tamat tempoh.

Katanya, operasi itu dilakukan selepas polis menerima aduan daripada penduduk mengenai tindakan warga asing menggunakan laluan tersebut bagi menggelakan mereka daripada ditahan oleh anggota penguat kuasa.

“Nasihat kami kepada orang ramai supaya tidak bertindak menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing.

“Sekiranya ditahan, pemilik kenderaan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya