Polis ambil keterangan kedua ibu bapa Hud Aryan hari ini

Polis ambil keterangan kedua ibu bapa Hud Aryan hari ini

HUD ARYAN MOHD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis akan mengambil keterangan terhadap ibu dan bapa kepada Hud Aryan Mohd. Nur Hafifi yang ditemukan lemas selepas tersangkut atas pokok kawasan Sungai Kerilla, Tanah Merah semalam.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, siasatan itu untuk melihat samada berlaku kecuaian atau tidak dalam kes berkenaan selepas laporan bedah siasat mendapati tiada unsur jenayah.

“Saya telah arahkan Ketua Polis Daerah Tanah Merah untuk merakamkan keterangan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak berkenaan hari ini. Selain itu kita juga akan mengambil keterangan penduduk setempat.

“Namun melihat kepada perkongsian orang ramai di TikTok, kami merasakan cara kanak-kanak ini hilang seperti tidak logik. Dalam masa lima minit, boleh hilang sedangkan jrak rumah neneknya dengan anak sungai 50 meter,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, selepas hampir 72 jam hilang, jasad seorang kanak-kanak yang dilaporkan hilang di rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini malam kelmarin dijumpai lemas selepas dihanyutkan arus ke Sungai Kerilla.

Mayat Hud Aryan Mohd. Nor Hafifi yang berusia setahun tujuh bulan ditemui dalam keadaan berpakaian lengkap pada pukul 4.15 petang oleh pasukan bomba beberapa kilometer dari rumah neneknya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Mohd.Zulkifli Osman berkata, mangsa ditemui tersangkut celahan pokok di dalam sungai berkenaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya