PM jamin kenaikan tarif elektrik tidak bebankan komuniti perniagaan

PM jamin kenaikan tarif elektrik tidak bebankan komuniti perniagaan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan sebarang kenaikan tarif elektrik pada separuh kedua tahun 2025 tidak akan membeban atau merugikan komuniti perniagaan di negara ini.

Perdana Menteri berkata, isi rumah berpendapatan rendah akan terus dilindungi daripada kesan semakan tarif yang dijadualkan pada separuh kedua tahun ini.

Beliau menekankan perkara ini ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2025 anjuran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), semalam.

“Pada masa ini, kerajaan telah memberikan subsidi elektrik kepada lebih 85 peratus isi rumah. Ini merupakan bukti komitmen kerajaan dalam meringankan beban rakyat,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri.

Anwar berkata, tarif asas elektrik di Malaysia ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah kerangka Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) yang disemak setiap tiga tahun. 

Selain itu, kata Anwar, terdapat mekanisme Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) yang disemak setiap enam bulan.

“ICPT bertujuan untuk menyesuaikan kadar elektrik berdasarkan perubahan sebenar dalam kos bahan api,” katanya.

Pada Januari lalu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengumumkan kerajaan telah meluluskan kenaikan 14.2 peratus dalam tarif asas elektrik untuk tempoh 2025 hingga 2027. 

“Namun, kerajaan menegaskan bahawa kadar tarif elektrik sebenar untuk industri dan isi rumah akan kekal tanpa perubahan bagi separuh pertama tahun 2025.

“Semakan tarif elektrik seterusnya dijangka dilakukan pada Julai 2025,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya