Pindaan Akta Perhimpunan Aman: Hanya perlu maklum polis, tidak perlu izin tuan premis

Pindaan Akta Perhimpunan Aman: Hanya perlu maklum polis, tidak perlu izin tuan premis

Saifuddin Nasution Ismail -JANATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pindaan terhadap Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) nanti bakal menyaksikan penganjur hanya perlu memaklumkan kepada pihak polis dan tidak lagi memerlukan kebenaran pemilik premis kawasan berhimpun.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, persepsi bahawa Kerajaan Perpaduan menyekat penganjuran perhimpunan aman oleh pihak tertentu adalah tidak benar sama sekali.

Kata beliau, pihak polis menerima pemakluman hampir 10,000 dari penganjur perhimpunan aman dan 98 peratus daripadanya berjalan tanpa halangan pada 2023, pada tahun lalu 99 peratus daripada lebih 7,000 penganjuran berjaya dilakukan.

Jelasnya, daripada jumlah keseluruhan tersebut, 1,784 kertas siasatan dibuka oleh pihak polis atas beberapa pelanggaran dan hanya 30 kes berakhir dengan pendakwaan.

“Kerana itulah kita katakan bahawa anjakan yang kita buat terhadap Akta 736 ialah kita akan pinda, bentangkan dengan hanya memerlukan pihak penganjur memaklumkan, izin tuan premis juga tidak diperlukan.

“Ini apabila sekiranya pindaan akta itu disokong oleh ahli-ahli Yang Berhormat,” sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, Saifuddin Nasution menyatakan janjinya untuk melakukan sesi libat urus yang intensif dengan semua pemegang taruh dalam usaha kerajaan melakukan pindaan terhadap Akta 736.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju meminda Akta 736 bagi memudahkan dan membantu pelaksanaan apa juga keputusan daripada badan atau kumpulan yang ingin mengadakan perhimpunan aman.

Anwar dilaporkan berkata, ini bermakna keperluan mendapatkan kelulusan tempat sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 11 Akta 736, akan dipinda dan diketepikan.

Katanya, rang undang-undang (RUU) pindaan akta itu dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada persidangan akan datang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, perkara berkait sebarang perilaku jenayah atau yang mengancam keselamatan awam, akan dibezakan bawah pindaan akta itu kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya