Pilihan bukan banyak, pilih Warisan, UMNO atau GRS - Pandikar Amin - Utusan Malaysia

Pilihan bukan banyak, pilih Warisan, UMNO atau GRS – Pandikar Amin

PANDIKAR Amin Mulia semasa Program Jelajah USNO Peduli Rakyat di Kampung Warisan Inanam di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: “Pilihan bukan banyak sama ada rakyat pilih Warisan sebagai pembangkang atau pilih UMNO yang diketuai Datuk Seri Bung Moktar atau GRS,”.

Demikian kata Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengenai situasi yang akan dihadapi pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Beliau yang juga bekas Speaker Dewan Rakyat berkata, rakyat sekarang bukan macam dulu kerana sekarang sudah ada media sosial jadi, rakyat boleh membuat penilaian pemimpin mana yang boleh diketengahkan.

Menjelang PRN yang akan diadakan tahun ini, rakyat Sabah hanya boleh memilih sama ada Parti Warisan, UMNO mahupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Namun, harus diingat kebanyakan pemimpin dalam kesemua parti itu adalah kawan yang sama-sama berada dalam UMNO suatu ketika dulu jadi, mereka mempunyai asid deoksiribonukleik (DNA) yang sama.

Jadi, jika pembangkang menyatakan GRS ini berpenyakit kurap maka, mereka juga mempunyai penyakit kurap kerana lahir daripada DNA yang sama.

“Namun, kita tidak tahu kurap siapa yang paling teruk jadi terpulang kepada rakyat untuk menilai. Adalah lebih baik, rakyat memilih GRS, setidak-tidaknya GRS mempunyai hala tuju perjuangan yang jelas dan ada matlamat untuk memajukan ekonomi Sabah,” katanya semasa Program Jelajah USNO Peduli Rakyat di Kampung Warisan Inanam semalam.

Menurut beliau, kadang-kala rakyat tidak pandai untuk menilai antara kaca dan intan hanya kerana melihat isi yang terkandung dalam sampul surat yang diterima. Isi sampul mana yang banyak, itu yang akan diundi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya