PGA Sabah rampas e-Waste bernilai RM65.1 juta - Utusan Malaysia

PGA Sabah rampas e-Waste bernilai RM65.1 juta

BAHAN buangan elektronik yang dirampas dalam Op Hazard di beberapa kawasan di Sabah baru-baru ini-IHSAN PGA SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah merampas pelbagai bahan buangan sisa berjadual elektronik (e-Waste) dalam Op Hazard dengan jumlah keseluruhan RM65.1 juta.

Dalam operasi yang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 15 Februari lalu, sebanyak 58 individu termasuk 14 warga Filipina dan Indonesia ditahan.

Komander PGA Sabah, Datuk Abdul Rani Alias berkata, berdasarkan operasi yang dijalankan, didapati 12 premis telah melakukan pelbagai kesalahan melanggar syarat di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Daripada 12 premis yang diperiksa, dua premis didapati beroperasi tanpa permit dan selebihnya didapati melanggar syarat-syarat ditetapkan dalam permit Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.

“Semua premis tersebut disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Secara keseluruhan seramai 58 individu ditahan termasuk 11 warga Indonesia dan tiga warga Filipina,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 16(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya