TUMPAT: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas lebih 200 pokok bunga seludup bernilai RM35,000 yang disyaki berpenyakit selepas menahan sebuah trak pikap semasa melalui sekatan jalan raya (SJR) di Chabang Empat Salam di sini kelmarin.
Trak pikap yang dipandu lelaki berusia 57 itu tahun pada pukul 2.45 petang selepas dipandu dalam keadaan mencurigakan.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pemeriksaan atas trak pikap itu telah menjumpai pokok orkid dan bunga ros dipercayai diseludup dari Thailand.
“Hasil pemeriksaan lanjut, pokok tersebut disyaki mempunyai serangga perosak dan penyakit.
“Suspek dan barang rampasan kemudian dibawa ke Kompeni Taktikal (Komtak) Taman Bakti untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat dibawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta167) Seksyen 5.-UTUSAN
100225-Klt-SeludupBunga Berpenyakit-Done Online
SEBAHAGIAN pokok bunga seludup yang disyaki berpenyakit di rampas PGA selepas menahan sebuah trak pikap di SJR Chabang Empat Salam, Rantau Panjang, Kelantan.-IHSAN PGA.