PGA rampas 625 kg belut seludup dari Thailand - Utusan Malaysia

PGA rampas 625 kg belut seludup dari Thailand

SEBAHAGIAN belut yang diseludup dari Thailand berjaya dirampas dalam serbuan di pangkalan haram Simpangan, Tumpat, Kelantan-IHSAN PGA.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 Pengkalan Chepa merampas 625 kilogram (kg) belut bernilai RM18,750 yang dipercayai diseludup dari Thailand selepas menahan dua lelaki di pangkalan haram Simpangan sini kelmarin.

Tangkapan dan rampasan itu dilakukan menerusi rondaan rutin Op Wawasan kelantan selepas mengesan sebuah trak pikap jenis Toyota Hilux yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada pukul 11 malam.

Komander Briged Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan lanjut ke atas trak pikap itu telah menjumpai 25 guni berisi 625 kg belut.

“Rampasan kesemua belut itu dianggarkan bernilai RM18,750,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kedua-dua suspek dan barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor di sini sebelum diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya