Petronas, Petros jalin kerjasama untuk kepentingan negara, Sarawak - Utusan Malaysia

Petronas, Petros jalin kerjasama untuk kepentingan negara, Sarawak

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Peranan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan melakukan kerjasama bagi memastikan kepentingan hasil negara serta Sarawak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemunculan Petros menunjukkan kewajaran untuk memantapkan persefahaman dan kerjasama bagi memenuhi kerukunan di atas semangat Persekutuan.

Katanya, beberapa kemuafakatan dimeterai bagi memastikan tata kelola dasar dan perkembangan industri petroleum serta gas terus marak sekali gus memenuhi Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144).

Antaranya, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak juga bersetuju mengiktiraf Akta 144 sebagai akta Persekutuan seperti yang tertera dalam peruntukan undang-undang.

“(Kerajaan) menyambut aspirasi Sarawak yang berhasrat menceburi kegiatan industri minyak di Sarawak dan hasrat dijelmakan melalui Ordinan Pengedaran Gas 2016 (DGO) dan berkuat kuasa pada 1 Mac ini (yang) dibaca dibaca (bersama) Akta 144 maka Petros berperanan sebagai agregator di Sarawak

“Peranan tersebut tetap mengesahkan kelulusan sebelumnya kepada Petronas dan anak-anak syarikatnya, ini bermakna Petronas akan mengekalkan semua perjanjian domestik dan antarabangsa yang sedia ada,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata demikian semasa sesi penerangan mengenai aktiviti petroleum di Sarawak di persidangan ini.

Beliau berkata, Petros di bawah DGO dijamin memperolehi gas ali sehingga 1.2 bilion kaki padu sehari untuk keperluan domestik di Sarawak.

“(Ini) dengan jaminan penambahan berdasarkan keperluan berikutnya, PETROS juga berwenang-wenang meluaskan kegiatan yang baharu dan memanfaatkan kerjasama dengan Petronas.

“Petronas dan Petros akan bergerak sederap sebagai rakan bagi menjamin kepentingan dan hasil negara serta kepentingan Sarawak,” jelasnya.

Tambahnya, segala rundingan terperinci berikutnya akan mengekalkan manfaat dan kepentingan bersama mengikut prinsip-prinsip komersial secara telus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya