CHICAGO: Sebuah pesawat Southwest Airlines berdepan detik cemas apabila hampir bertembung dengan jet peribadi yang memasuki landasan tanpa kebenaran sebelum membatalkan pendaratannya di Lapangan Terbang Midway Chicago, semalam. Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), kejadian berlaku sekitar pukul 8.50 pagi waktu tempatan apabila penerbangan Southwest 2504, Boeing 737-800 dari Omaha, Nebraska, sedang bersedia untuk mendarat, sebelum tiba-tiba naik semula untuk mengelakkan perlanggaran dengan jet peribadi FlexJet Challenger yang bergerak di landasan. Sebuah video dimuat naik di media sosial menunjukkan pesawat Southwest hampir mendarat, kemudian naik semula. FAA dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya