Persepsi sektor pertanian sebagai pekerjaan 3D perlu diubah - Utusan Malaysia

Persepsi sektor pertanian sebagai pekerjaan 3D perlu diubah

MOHAMAD Sabu - JABATAN PENERANGAN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Persepsi mengenai sektor pertanian sebagai pekerjaan 3D (kotor, bahaya dan sukar) perlu diubah bagi menarik lebih ramai penyertaan golongan muda ke dalam industri tersebut.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kementeriannya melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sudah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk merancakkan penglibatan golongan muda di dalam sektor tersebut.

Menurut beliau, usaha tersebut sudah menuju kejayaan apabila seramai 536 pelatih berjaya menamatkan kursus dan 40 orang lagi masih menjalani di latihan MADA Pusat Latihan Beras (MRTC) sehingga 30 September lalu.

“Malah, sehingga 31 Disember lalu, keahlian Kumpulan Peladang Muda (KPM) MADA telah mencapai 7,233 orang, manakala keahlian Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) secara keseluruhan seramai 87,821 orang.

“Di bawah LPP terdapat 409 Ahli Jemaah Pengarah Muda di seluruh Malaysia, ini membuka peluang kepada anak muda untuk mempengaruhi hala tuju sektor pertanian dari peringkat dasar,” katanya di Dewan Rakyat semasa membuat menggulung Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Mohamad berkata, kementerian sudah membangunkan modul latihan penggunaan dron yang akan dilaksanakan di Institusi Pengurusan Peladang Tanjung Karang, Selangor.

Katanya, seramai 450 usahawan menyertai Program Agropreneur Muda dan menerima bantuan serta masih aktif bersama MADA sehingga 31 Disember lalu.

“Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk membina persepsi pertanian sebagai sebuah sektor yang berdaya maju, menjadikan agromakanan sebagai bidang janaan pendapatan serta bertujuan meningkatkan pendapatan golongan belia.

“Pihak KPKM sedar sejauh mana pun kita memodenkan pertanian, ia tidak akan bermakna jika tiada pelapis generasi yang mahu menyambung legasi ini.

“Sebab itu kita bukan sekadar mahu menarik minat anak muda, tetapi mahu membuka peluang ekonomi sebenar dalam sektor ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya