‘Perlu kertas putih tangani masalah padi, beras negara’

‘Perlu kertas putih tangani masalah padi, beras negara’

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa menyediakan satu kertas putih khusus untuk mengkaji isu-isu berkaitan industri padi dan beras negara secara menyeluruh.

Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kertas putih itu perlu dilakukan susulan kegagalan pihak kerajaan menyelesaikan isu padi dan beras negara secara keseluruhan.

“Kertas putih ini boleh menjadi panduan komprehensif dalam merangka strategi baharu yang lebih mapan.

“Dengan kajian menyeluruh, kita dapat memastikan ketelusan dalam pengeluaran, pengedaran dan penentuan harga beras tempatan,” katanya di sidang Dewan Rakyat, semalam.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang di-Pertuan Agong.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengumuman yang dibuat menteri berkenaan penyelarasan harga lantai padi baharu, dilihat sebagai langkah jangka masa pendek.

“Itu hanyalah penyelesaian jangka pendek yang dijanjikan. Mana boleh begini, sebab itu perlunya kertas putih, hasil daripada itu, kita boleh ambil tindakan,” katanya.

Kata beliau, isu ketidakseimbangan pengeluaran antara beras tempatan dan import juga dikatakan antara punca utama kenaikan harga dan pengurangan bekalan di pasaran.

Katanya, terdapat laporan bahawa beras tempatan dicampur dengan beras import, tetapi dilabel sebagai beras import dan dijual pada harga yang lebih tinggi.

“Kertas putih ini bukan sekadar dokumen. Ia perlu menjadi asas kepada dasar baharu yang tegas dan efektif demi menjamin kestabilan bekalan serta melindungi pengguna dan pengeluar,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya