Perlis perlu RM40 juta tingkatkan sistem pengairan - Utusan Malaysia

Perlis perlu RM40 juta tingkatkan sistem pengairan

pesawah sukar melaksanakan penanaman padi lima kali dua tahun tanpa sistem pengairan yang baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis memerlukan peruntukan lebih RM40 juta untuk menyelesaikan isu sistem pengairan di seluruh kawasan penanaman padi di negeri ini yang sekali gus mampu membantu meningkatkan produktiviti.

Masalah infrastruktur khususnya berkaitan sistem pengairan di kebanyakan kawasan menjadi antara faktor pesawah sukar melaksanakan penanaman padi lima kali dua tahun.

Hasil pengeluaran padi di Perlis adalah sekitar 154,975,325 tan metrik semusim merangkumi kawasan tanaman seluas 27,883,29 hektar melibatkan keseluruhan 17,930 pesawah.

Pengerusi Jawatankuasa Per­tanian negeri, Razali Saad ber­kata, bagi melaksanakan tanaman padi lima kali dua tahun ia memerlukan kawasan saliran yang baik, sekali gus memudahkan air keluar dan masuk.

Katanya, dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), kerajaan Persekutuan diharap dapat menyuntik peruntukan untuk tujuan tersebut memandangkan Perlis merupakan antara negeri penyumbang pengeluaran beras negara.

Ujarnya, Perlis juga boleh melonjakkan pengeluaran beras negara antara 15 hingga 20 peratus jika tanaman padi dilaksanakan melalui sistem pengairan lebih sempurna.

“Kita sukar mengusahakan tanaman seperti di Sekinchan, Selangor kerana masalah sistem pengairan ini. Di Sekinchan, mereka mendahulukan sistem pengairan, baru kawasan tanaman,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, produktiviti pengeluaran padi di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu masih rendah berbanding di Sekinchan.

Razali berkata, produktiviti pengeluaran padi di negeri ini masih rendah disebabkan beberapa faktor seperti isu benih tidak berkualiti, sistem pengai­ran dan sikap segelintir pesawah khususnya berkaitan ja­dual penanaman serta penjagaan.

“Sebelum ini ada benih yang teruk kualitinya dan kita berharap kualiti benih padi ini dapat dijaga sebaik mungkin. Pihak-pihak yang terlibat dengan pengurusan benih padi ini diharap dapat memperketatkan lagi proses-proses yang perlu ada dan sebagainya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya